Tak sangka korang nak view jugak column ni. Ahaks! Sebenarnya bukan ada benda menarik pun pasal aku. Nuthin' so special. I'm just ordinary people who got nuthin to do with the outside world. Terlalu banyak perkara diluar tu yang aku tak setuju. Terlalu banyak yang aku tak suka. Dalam pada itu aku cuba create dunia sendiri. Dunia dimensi ke-3. Lagipun, mmg aku jenis x byk ckp.. Xtau la sbb ape...Mungkin sbb aku byk sgt problem...
Tapi ni tak bererti aku tak reti nak bersosial. Bukan bererti aku tak reti nak bercampur dengan manusia lain. Bukan bererti aku 'alien'. Aku berkawan, kekadang aku lepak ngan memember, keluar main game sama-sama. Semuanya aku buat selagi tak bercanggah dengan prinsip aku. Mungkin hidup jadik tak 'fun' kerana terlalu terikat dengan prinsip. Tapi itulah antara satunya harga diri kita. Supaya kita tidak jadi macam lalang....
Nama aku Along. Tak payahlah aku beri nama penuh kat sini. Cukuplah dengan apa yang orang kenal aku dengan gelaran tuh. I'm going to be 21th on this 19th March. Born at Hospital Mentakab, Temerloh,Pahang. Membesar di Kuantan sampai umur aku 3 tahun sebelum parent aku pindah ke Bangau Tanjung, Temerloh, Pahang. Umur aku 7, aku sekolah kat SK Bangau. Pastu mase darjah 2, aku sekolah kat SK Paya Pulai.Mase ni family aku dah problem.Aku dok kat umah mak tiri aku. Sakit jiwa dok kat situ.Darjah 4 aku sekolah balik kat SK Bangau sampai abis darjah 6. Kat umah atuk n nenek aku dok.Itulah sekolah paling aku suke. Lagipun aku selalu leh mandi sungai. Haha..
Kemudian sekolah menengah kat Sek. Men. Keb.Seri Bahagia, Temerloh. Sampai tingkatan 2.Kat sekolah ni aku hanyut sikit sebab aku banyak main. Awek pun ramai. Nak lekat lame2 tu sori la. Kekadang seminggu je.Sampai aku xtau yg mane betul2 awek aku. Haha.. Lagipun kat sini aku ramai sangat member yang 'gila-gila'.Tapi mmg best geng ngan diorang.Pastu aku tukar kat Sekolah Men . Keb. Seberang Temerloh. Sebab nye aku selalu wat problem kat umah mak aku n kat sekolah.Lagi satu aku selalu gaduh ngan orang. Hmm..mungkin kurang kasih sayang kot. Lagipun family aku dah bercerai berai mase aku darjah 1 lagi.Mase kat sekolah ni,aku jadi baik.Aku pun rase cerdik sikit mase kat sekolah ni.Ye la dok ngan ayah aku.Jadi baik la. Aku mmg power subjek math time tu. Aku selalu kene tlg ajar member2.Cikgu suruh. Abis form 3,aku ade problem lagi ngan family. Aku tukar dok kat umah mak aku pulak. Form 4 aku sekolah balik kat Sek. Men Keb. Seri Bahagia. Haha...mmg bahagia kat sini. Aku bebas balik. Aku jadi mcm dulu, banyak main. Mase ni gak la aku banyak honeymoon. Mase ni aku banyak adik angkat sampai aku abis form 5.Famous aku mase tu. Hehe.. Lagi satu, aku mmg selalu xde kat kelas. Sebab nyer, aku kelas sains tulen. Ramai bebudak Cina. Bile boring, aku blah balik rumah. Selalu gak aku balik cepat2.Kadang 2 x sampai 15 minit aku kat sekolah.Aku balik.Aku selalu jadi perhatian cikgu 2.Tp cikgu disiplin baik ngan aku, die cakap muke aku mcm budak baik. ;)
Result SPM aku teruk. Aku x tau nak belajar lgi ke x. Tup...tup.Aku dapat masuk form 6. Hmmm.Tuhan sayang aku lagi.Masih bagi peluang kat aku. Form 6 aku banyak main2 gak. Mase nak exam aje aku pegang buku. tApi alhamdulilah. Result aku ok. Aku dapat masuk U.....UUM. aKU hepi sangat. Tercapai gak impian aku. Aku dapat pun kos yang aku minat... Multimedia... Lagipun aku mmg minat ngan komputer ni... Hehe....
 
     
 
 
Free Web Hosting