Rahsia
Hari Lahir Wanita
ISNIN - Wanita ini bersikap jujur,
tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah,
pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita
yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha
kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah
berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran.
Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi
dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya
pandai mencari tempat rangsangannya.
SELASA
- Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi
menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil
hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya,
hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah
dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia,
hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap
dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak
hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin
bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan
dan pengawasan dalam banyak perkara.
RABU
- Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan
berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam
pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka
mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak
pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya
tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah
termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan
hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai
simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana
cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai
berasmara.
KHAMIS
- Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan
kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu
ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki
lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah
jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak
tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara
yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada
awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah
lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu
boleh terdorong ke lembah hina.
JUMAAT-
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.
Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka
melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja,
pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam
soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya
sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya
sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila
dingin tak suka dipaksa.
SABTU
-Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka
bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti
dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja
demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang
pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir
untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya
agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama,
tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.
AHAD-
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan
menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan
kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah
terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka
orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban
apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha
dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan
seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.
|