Rahsia
Tarikh Lahir
1. Tarikh Lahir pada 1, 9
& 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun
dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang
lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan
ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi
kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai.
Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi
segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih
mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan
cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 &
30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri
membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul
denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling
benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar
dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak
terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan
dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu
mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap
pesimisnya.
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 &
29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan
yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya,
dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana
dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya
dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang
susah untuk di mengertikan.
4. Tarikh Lahir pada 4, &
13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai,
suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak
yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan
yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini
membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya.
Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap
orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia
memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita
tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu
dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan
selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang
menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang
lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar
pasangan.
6. Tarikh Lahir pada 6, 14 &
27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang
menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan
dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada
orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi
sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak
kebaikannya.
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 &
31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang &
jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu
itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai
pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan
suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah
meninggalkannya.
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia
bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari
teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia
memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun
dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah
gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang
yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan
rela berkorban.
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 &
21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai
cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang
mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah
dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab
itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu.
Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang
yang paling jahat.
10. Tarikh Lahir pada 12 &
19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia
berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya
dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan
wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam Kehidupan sehari-hari
dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya
yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan
cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.
11. Tarikh Lahir pada 15, 20 &
26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada
tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap
bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap
penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci
pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan
huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi
perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun
begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.
12. Tarikh Lahir pada 22 &
25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai
kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun
buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai
situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan
kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai
perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.