Rahsia
Hari Lahir Wanita
ISNIN - Wanita ini bersikap jujur,
tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah
mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki
dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan,
cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya.
Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku
kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan
tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara
melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
SELASA
- Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi
menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil
hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya,
hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah
dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia,
hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap
dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak
hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia
rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan
bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
RABU
- Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan
berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam
pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang.
Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka,
tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja.
Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras
dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang
tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari
duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan
rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik
ditempat tidur dan pandai berasmara.
KHAMIS
- Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan
kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka
diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada
lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak
mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya
tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal
antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan.
Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila
sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal
nafsu boleh terdorong ke lembah hina.
JUMAAT-
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.
Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka
melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja,
pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam
soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya
sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya
sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila
dingin tak suka dipaksa.
SABTU
-Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka
bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti
dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa
saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik
latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa
berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah
suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya
kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.
AHAD-
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan
menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka
merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar
nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi
tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi
sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia,
rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap
pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat
kepuasan cari jalan lain.