Orang yang bentuk tulisannya
tidak pernah berubah ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan
bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah.
Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang
sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah,
bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan
personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari
segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak
berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas.
Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan
lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini
tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih
boleh dipengaruhi oleh orang lain.
KECONDONGAN
TULISAN
• TEGAK
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang
rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan
sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan
dengan wajar dan tepat.
• CONDONG KE KANAN
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau
hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan
dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya.
Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan
yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain
untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa
perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka
kena tunggu lama!
• CONDONG KE KIRI
Wah! Rupanya dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin
dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat.
Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa
juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang
penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan
tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang
dicintainya! Cayalah!
BENTUK
TULISAN
• LEBAR
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan
diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia
juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini
kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.
• TULISAN KURUS
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya
saja.
• TULISAN BERSEGI EMPAT
Otak matematik rupanya dia ni.
• TULISAN BULAT
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.•
Pemikirannya berdasarkan logik.
• BERCERAI CERAI
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!
JARAK
TULISAN
• TULISAN
JAUH
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna
dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan
dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong
atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.
• TULISAN RAPAT
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga
berfikiran terbuka.
RUANGAN
DI TEPI
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya:
• RUANG
KIRI KANANNYA SAMA
Jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya,
bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.
• RUANG MUKA SURAT SEBELAH KIRI
KECIL
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!
• RUANG MUKA SURAT KANAN KECIL
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan
yang sewajarnya.
• PENUH SATU MUKA SURAT
Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide
bernas yang boleh dikongsi bersamanya
Dr Fadzilah
Kamsah
Kenal pribadi melalui Graphology (Kajian) Grapho ertinya tulisan.
Logy ertinya bidang ilmu
1) Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas
di bahagian belakang kertas.
Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
2) Bentuk
Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi
dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan
banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
3) Kecondongan
i. Condong ke kanan
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain,
peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan
kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka
berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan
negara tetapi tak suka campur orang
iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak
cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh,
suka ambil jalan tengah
iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur >
>
4) Kerapatan
i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat
atau kedekut
5) Pada
huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
6)Pada
palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan:
Tulisan mencerminkan peribadi dan kita boleh menukar tulisan
kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja
supaya kita cemerlang dalam hidup.