Seseorang wanita itu apabila di yaumal akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka?

Pertama:-Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anakperempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:-Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram ..apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim etc solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:-Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ..tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Keempat:-Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak........ nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ....maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap

 
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
 
     

________________________________________________________________________________________

Di dalam konteks sebuah keluarga, sudah tentu ibu bapa sangat mengharapkan yang anak sulung mereka sendiri yang akan mengemudi dan menerajui perjalanan dan kesinambungan keluarga tersebut. Bukan orang lain yang tidak ada kaitan. Iaitu apabila ibu ayah sudah lanjut usia atau sudah pergi meninggalkan alam yang fana. Bagi anak sulung pula, hendaklah ia akur dengan perjalanan dan pusingan hidup ini. Mahu tidak mahu akhirnya beban kepimpinan keluarganya itu nanti hendaklah ditangani dan dipikul olehnya dengan penuh rasa tanggungjawab, prihatin dan penuh kasih sayang.
Bagi setiap ibu dan ayah, perkara ini hendaklah diambil berat dan diberi keutamaan. Proses memindahkan kepimpinan kepada anak sulung itu hendaklah dilakukan seawal mungkin dengan penuh cermat dan bijaksana. Melihat kepada takah dan perkembangan umurnya. Selalunya anak sulung pada awalnya tidak akan mernahami dan mengesan tujuan perpindahan tugas dan kepimpinan ini.Yang penting adalah penerapan sifat-sifat mulia dan sifat kepimpinan dari awal lagi. Untuk itu ibu bapa boleh mengikuti langkah-langkah berikut mudah-mudahan seisi keluarga kita beroleh manfaat dan kebaikan yang banyak dan berkekalan.
> Sebenarnya ia bermula dari kepimpinan ibu dan ayah itu sendiri. Sebagaimana yang disifatkan, kepimpinan melalui teladan. Suarni memimpin isteri. Isteri memimpin dan mendidik anak sulung dan anak yang sulung memimpin dan melatih adik-adiknya yang lain pula.
> Memimpin anak sulung akan lebih berkesan apabila ibu dan ayah menjadi contoh atau role model terdekat kepadanya. Contoh dalam ibadah, akhlak, pergaulan, kasih-sayang dan silaturrahim. Apa yang dilihat oleh anak sulung daripada contoh baik ibu bapa tadi secara perlahan-lahan akan dihadamkan di dalam fikiran dan sanubarinya kemudian diteladani semula di dalam kehidupan sehariannya. la bukan tindakan yang mudah dan segera. Namun bagi ibu bapa yang prihatin dan rnithali, inilah jalan yang perlu ditempuh. Perlu diingat bahawa sifat sabar dan kuat kemahuan perlu ada dalam merealisasikan rancangan kecemerlangan masa depan keluarga ini.
> Selain dibiarkan anak sulung melihat dan memahami cara bagaimana ibu bapa mengendali dan menyelesaikan masalah keluarga, mereka juga hendaklah mula diberikan kepercayaan dan tanggungjawab. Cara begini akan menyuburkan keyakinan diri dan rasa optirnis yang tinggi dalam jiwanya. Tanggungjawab itu hendaklah diberikan secara bertahap-tahap kepadanya mengikut usia, kemampuan dan kesediaannya.
> Sekiranya anak sulung didapati melakukan kesalahan dan kesilapan, teguran hendaklah dibuat secara berhikmah
. Wibawanya di depan dan di mata adik-adiknya hendaklah dijaga. Teguran yang tidak tepat akan membuatkan ia hilang keyakinan diri, rasa malu tidak bertempat dan suka mengasingkan diri daripada adik- adiknya. Pakar-pakar psikologi menjelaskan bahawa kata-kata kesat, kasar dan 'amukan' ibu dan ayah selain membuahkan kebencian dan ketakutan (fobia), ia juga akan melenyapkan sejumlah besar sel positif di dalam rnindanya. Oleh itu, wibawa dan ketrampilan anak sulung mestilah dijaga dan dibina.
> Akhir sekali, ibu dan ayah janganlah lupa berdoa untuk anak-anak mereka terutamanya kepada anak sulung. Doa inilah senjata kita. Sesungguhnya doa dan pergantungan dengan Allah menjadi teras dalam memupuk kepimpinan anak sulung.

_____________________________________________________________________________________________________

Berselawat Ke Atas Rasullullah S.A.W.

Rasullullah S.A.W telah bersabda bahawa, " Malaikat Jibrail,Mikail, Israfil Dan Izrail A.S telah berkata kepadaKu.
> Berkata Jibrail A.s.: " Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat keatasmu tiap tiap hari sebanyak sepuluh kali (10x), maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar."
> Berkata pula Mikail A.S.: Mereka yang Berselawat keatas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
> Berkata pula Israfil A.S.: " Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
> Malaikat Izrail A.S pula berkata.: " Bagi mereka yang berselawat keatasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W? Para malaikat memberi jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat keatas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukan ini, diharap pembaca tidak akan melepaskan .Peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat. Insya Allah.
P/S :- Sebarkanlah kelebihan ini untuk kebaikan bersama.....

Free Web Hosting