BARISAN UMAT ISLAM
DI PADANG MASYHAR
Barisan Pertama
- Manusia tanpa tangan dan kaki.
Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya
Barisan kedua
- Manusia berwajah khinzir hitam
Mereka di dunia melalaikan solat atau bersolat tetapi masih melakukan
kemungkaran
Barisan ketiga
- Manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung penuh dengan
ular dan kala jengking
Mereka di dunia enggan mengeluarkan zakat
Barisan keempat
- Manusia yang mengalir darah dari mulutnya
Mereka di dunia berdusta dalam berjual beli
Barisan kelima
- Seperti angin yang bertiup berbau sangat busuk
Mereka di dunia menyembunyikan kederhakaan atau maksiat kerana
manusia dan mereka tidak takut kepada Allah
Barisan keenam
- Manusia yang tenggorok dan tengkoknya putus
Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan cerita yang tidak
berlaku menyebabkan orang teraniaya
Barisan ketujuh
- Manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya
Mereka di dunia enggan memberi kesaksian atau menyembunyikan sesuatu
kemungkaran menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan
Barisan kelapan
- Manusia berjalan terbalik (kaki ke kepala)
Manusia yang melacurkan diri atau berzina tanpabertaubat
Barisan kesembilan
- Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya berapi
Mereka di dunia memakan harta anak yatim
Barisan kesepuluh
- Manusia bertubuh penuh dengan lepera dan belak(sejenis penyakit
kulit yang amat gatal)
Mereka di dunia menderhaka kepada ibu bapanya
Barisan kesebelas
- Manusia yang buta matanya, giginya seperti tanduk,bibir melebar
hingga ke dada, lidah terjulur sampai ke perut dan keluar kotoran
yang sangat jijik
Mereka di dunia meminum arak
Barisan keduabelas
- Manusia yang berwajah berseri dan bercahaya
Merekalah golongan beriman dan beramal soleh.