21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi
tidak pernah tua untuk bertaubat.
22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang
di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia
tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di
mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat
sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah
lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum
yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila
kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu
berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada
teman anda.
28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk
kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya
tidak seperti yang diimaginasi .
30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati
menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke
jalan Allah.
31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan
waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan
waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu
untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan
waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan
waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan
membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat
itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa,
maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan
menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang
mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat
apa-apa"
34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan
perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan
dalam hidup"
35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu
Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya
Menangis Kerana
Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi
Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu
adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara
biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan
dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia
sebelum cair"
38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai
makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu
kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya
perasaan"
39) " Hidup tidak boleh berpandukan perasaan
hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama
harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu
dgn baik berlandaskan kenyataan"
40) " Hidup adalah gabungan antara bahagia
dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya
bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima
penderitaan. ( Harieta Wahab)
41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
42) " Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi
oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah
yg paling berkesan"
43) " Hiduplah seperti lilin menerangi orang
lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti
orang lain."
44) " Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah
pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia
di dunia dan akhirat"
45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati
itu ialah raja yang menentukan,Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg
tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu
ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
47) " Cakap sahabat yg jujur lebih besar
harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"
48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan
kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."
49) " Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau
menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya
maka ia tidak akan mempedulikanmu"
50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang
yg dapat menguasai dirinya sendiri"
51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai
batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu
lonjatan."
52) "Kalau kita melakukan semua yang kita
upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."
53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa
yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng
lain ada."
54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini,
adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."
55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan
engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi,
Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."
56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu
peluang."
57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan
satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan,
cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat
ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan
manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan
fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
60) "Mengetahui perkara yang betul tidak
memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."
61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada
sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan
yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil
kecemerlangan."