_________________________________________________________________________________________
HATI DAN PERASAAN
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan
orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila
kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana
untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian
tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang
lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah
tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda
boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa
pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan
yang paling hebat yang pernah dialami.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang
telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar
bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu
kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!Jangan harapkan
cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati
mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati
pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk
menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk
melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi
ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum
kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari
yang suram.
Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan
tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan
seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya
dengan sebenar.
Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah
ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan
kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk
melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki
kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan
yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk
memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk
membuatkan anda bahagia.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika
anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan
orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik
dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan merekayang telah mencuba. Hanya mereka
yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup
mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman
dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan
yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan
dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan
masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang
di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila
anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling
anda pula yang akan menangis. |